"Malas Itu Aku"
yaa...malas itu aku dan aku itu malas...
walaupun malas namun ku gagahi jua mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog ku ini...
walaupun malas, aku dengan malasnya ingin memberitahu bahawa minggu hadapan tamatlah penderitaan aku semasa praktikal/latihan industriku.
namun, akan bermula pula episod baru hidupku bergelar pelajar Tahun Ketiga (Tahun Akhir) sains Biologi di mana aku akan menghadapi projek pula.
setiap pelajar tahun akhir jurusan ku perlu membuat projek tahun akhir berdasarkan tajuk yang dipilih.
semoga aku mendapat pensyarah yang mampu memberi bimbingan dan tunjuk ajar padaku.
semoga projekku sukses.
pesanan akhir dariku, jangan malas....
~aku yang poyo~

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home